PUTRAJAYA: Seorang penganggur terlepas tali gantung selepas Mahkamah Persekutuan di sini hari ini menggantikan hukuman mati terhadapnya dengan pemenjaraan selama 30 tahun bagi kesalahan membunuh seorang lelaki sembilan tahun lepas.
Panel tiga hakim yang terdiri daripada Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat, Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim dan Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Sri Hasnah Mohammed Hashim turut memerintahkan B. Rames disebat sebanyak 12 kali.
Tengku Maimun juga mengarahkan lelaki itu menjalani hukuman penjara dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 12 Jun 2016.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Datin Asmah Musa memaklumkan mahkamah bahawa berdasarkan fakta dan keadaan kes itu, pendakwaan bersetuju hukuman mati yang dijatuhkan ke atas Rames diganti dengan pemenjaraan.
Rames, 48, dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada 29 Okt 2018 selepas didapati bersalah membunuh Mohd Harris Saravanan Abdullah, 36, antara 4 petang 9 Mac 2015 dan 10 pagi hari berikutnya.
Rames dituduh melakukan kesalahan itu dengan empat lagi yang masih bebas di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Melayu Seelong Selatan, Jalan Seelong-Ulu Tiram, Senai dalam daerah Kulaijaya, Johor.
Pada 9 Nov 2022, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Rames dan mengekalkan sabitan serta hukuman mati terhadapnya.
Mengikut fakta kes, si mati dan abang iparnya telah ke ladang itu untuk mendapatkan bekalan dadah dan abang ipar si mati kemudian melihat Rames bertengkar dengan mangsa serta nampak tertuduh mengambil parang sebelum menetak si mati pada bahagian perut dan tangan.
Seorang lagi saksi pendakwaan iaitu penagih dadah yang berada di lokasi kejadian turut memaklumkan mahkamah bahawa dia nampak Rames telah menjerut mangsa menggunakan seutas tali dan membungkus mayat serta barang-barang peribadi si mati dengan kain kanvas serta tilam angin sebelum meletakkannya di atas kereta sorong.
Dia berkata Rames kemudian mengarahkan empat individu untuk membawa kereta sorong itu keluar dari lokasi kejadian.
Pada prosiding hari ini, Rames diwakili peguam Bernard George.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 24 2024
Hakim juga mengarahkan lelaki itu menjalani hukuman penjara dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 12 Jun 2016. - Gambar hiasan
Ejen insurans didakwa rompak lelaki sehingga cedera
Seorang ejen insurans mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan rompakan dan menyebabkan kecederaan terhadap seorang lelaki.
Keluarga tular bawa bayi naik motosikal ke hospital dapat perhatian PM
Gambar sebuah keluarga yang tular memaparkan ibu menggendong bayinya yang bergantung kepada alat bantuan pernafasan mendapat perhatian Perdana Menteri.
Pasangan kekasih buang bayi direman tiga hari
Mahkamah Majistret Kemaman membenarkan reman tiga hari terhadap seorang wanita yang disyaki membuang bayi lelakinya berusia seminggu.
Piala Dunia ISTAF: Skuad doubles teruskan kemaraan ke separuh akhir
Skuad doubles negara berjaya melangkah ke separuh akhir Piala Dunia ISTAF selepas mengatasi Korea 2-1 dalam perlawanan di Stadium Titiwangsa.
Warga emas hidap masalah pendengaran boleh jejas rutin harian - Pakar
Kesan hilang sensitiviti deria pendengaran bagi seorang dewasa dan warga emas memberi kesan yang berbeza.
Melaka tunggu garis panduan untuk pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam negeri
Kerajaan negeri Melaka sedang menunggu garis panduan berkaitan pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam daripada kerajaan Persekutuan.
[TERKINI] Keadaan Koperal Hasif stabil, masih dirawat di HSI
Anggota polis, Koperal Mohd Hasif Roslan yang cedera ditembak dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram masih menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail, di Johor Bahru.
BMW Malaysia catat pertumbuhan jualan 8 peratus pada suku pertama, kenaikan 26 peratus jualan EV
BMW Group Malaysia menjual sebanyak 4,300 kenderaan pada suku pertama tahun ini, mewakili peningkatan lapan peratus berbanding tempoh yang sama pada 2023.
Pegawai Imigresen mengaku tidak bersalah terima rasuah
Seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia mengaku tidak bersalah atas 10 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM7,600.
Saksi dakwa Ebit Lew hantar mesej lucah menjelang malam
Saksi kesembilan mendakwa mesej yang diterima daripada pendakwah terkenal, Ebit Lew berunsur lucah dan mengaibkan kehormatannya sebagai wanita.
Mahkamah Persekutuan ganti hukuman mati pendandan rambut lelaki dengan penjara 40 tahun
Dalam penghakimannya, Tengku Maimun berkata hukuman mati Teh diketepikan dan diganti dengan hukuman penjara yang bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 15 Sept 2008.
Mahkamah Persekutuan kekal hukuman mati warga Singapura bunuh anak tiri
Mahkamah Persekutuan kekalkan hukuman mati yang dijatuhkan ke atas seorang lelaki warga Singapura kerana membunuh anak tirinya pada 2008.
Dua rakan didakwa edar 21kg heroin
Mereka didakwa melakukan perbuatan tersebut di kawasan tempat letak kereta di hadapan bangunan kedai 3 Mei lalu.
Lelaki bunuh kekasih terlepas hukuman gantung, ganti jel 30 tahun
Seorang penyelenggara stor yang membunuh teman wanitanya dengan menjerut leher menggunakan kain tudung terselamat daripada tali gantung.
Penganggur terlepas tali gantung, hukuman mati diganti penjara 30 tahun, 12 sebatan
Seorang penganggur terlepas tali gantung selepas Mahkamah Persekutuan menggantikan hukuman mati terhadapnya dengan penjara 30 tahun bagi kesalahan membunuh.
Pekerja kilang belacan dituduh membunuh
Seorang pekerja kilang belacan didakwa di Mahkamah Majistret Teluk Intan atas tuduhan membunuh seorang lelaki, awal bulan ini.
Peniaga warung terlepas hukuman mati, digantikan penjara 35 tahun
Hakim Tengku Maimum mengetepikan hukuman mati terhadap Mohamad Zulkifli Ismail, 59, yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 27 Mei 2018.
Bunuh bekas isteri dalam idah: Hukuman mati bapa lima anak diganti penjara 33 tahun
Mahkamah memerintahkan lelaki itu menjalani hukuman penjara dari tarikh tangkap pada 27 Ogos 2005.
Bunuh isteri: Hukuman mati nelayan diganti kepada penjara 33 tahun
Seorang nelayan terlepas hukuman mati selepas Mahkamah Persekutuan menggantikannya dengan hukuman penjara 33 tahun kerana membunuh isterinya, 23 tahun lalu.
'Kejadian bunuh Kevin Morais luar biasa daripada biasa-biasa' - Hakim
Mahkamah Rayuan di sini pada Khamis menyifatkan kes bunuh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Anthony Kevin Morais sembilan tahun lalu sebagai suatu kejadian luar biasa daripada yang biasa-biasa.